Keputusan BoJ Pengaruhi Pasaran Kewangan! Ini Tinjauan Pasaran Perlu Diketahui ‘Trader’!

376

Yen Jepun mengalami ketidakstabilan pada hari Selasa, ia didagangkan susut pada awalnya setelah Bank of Japan (BOJ) mengekalkan  dasar politik ultra-mudahnya dan kemudian ia didagangkan kukuh selepas pasaran menerima isyarat bahawa fasa akhir kepada dasar kadar faedah negatifnya semakin hampir.

Yen yang sensitif terhadap perbezaan kadar antara Jepun dan pasaran lain, telah kehilangan hampir 5% berbanding US dolar setakat ini akibat pasaran menolak jangkaan pengurangan kadar AS dilakukan segera.

Pengerusi BOJ, Kazuo Ueda, tidak memberikan petunjuk sama ada bank akan membalikan keputusan kadar faedah negatif pada mesyuarat yang akan datang pada Mac atau April, seperti yang dijangkakan oleh ramai ahli ekonomi. Waima begitu, beliau menyatakan kemungkinan Jepun mencapai matlamat inflasi bank sebanyak 2% sedang meningkat secara beransur-ansur.

Di sisi lain,  mata wang euro susut 0.06% kepada $1.0875, ditengah para pelabur Eropah mencerna kajian bank Eropah untuk mendapatkan bukti sejauh mana pengetatan dasar monetari telah memberi kesan kepada ekonomi.

Undian menunjukkan pemberi pinjaman terus mengetatkan akses kepada kredit pada suku terakhir 2023 tetapi lebih sedikit bank berbuat demikian berbanding dua tahun sebelumnya.

Sterling pula didagangkan kekal pada paras dolar $1.2706, dimana telah mencapai tahap terkukuh berbanding euro sejak September, pada 85.47 setiap euro.vBerita ekonomi utama Britain adalah defisit bajet yang lebih kecil dari yang dijangkakan untuk Disember, berpotensi membuka ruang untuk pemotongan cukai dalam bajet yang dijadualkan pada Mac.

Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan kukuh 0.07% kepada paras dagangan 103.187.

Laporan bahawa China sedang mempertimbangkan bantuan untuk pasaran saham yang merudum membantu yuan dan dolar Australia, yang sering dilihat sebagai proksi kecairan. Pihak berkuasa China sedang mempertimbangkan satu  langkah untuk menstabilkan pasaran saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat