Keputusan Brexit EU Bakal Cetus Pergerakan Besar Harga Pada GBP/JPY

771

Pound Sterling masih didagangkan berhati-hati dalam pasaran berikutan isu Brexit yang masih belum mampu memberi gambaran yang jelas dalam mencapai kesepakatan rundingan.

Perdana Menteri UK Boris Johnson telah membentangkan pelan cadangan Brexit beliau kepada umum semalam dan kini bergantung kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk keputusan sama ada menolak atau menerima untuk rundingan selanjutnya.

Isu kawalan sempadan Ireland masih lagi menjadi penghalang utama untuk perjanjian dimeterai oleh kedua-dua pihak. PM Johnson kekal mengulangi bahawa alternatif terakhir adalah untuk meninggalkan EU pada 31 Oktober ini walaupun tanpa perjanjian bersama blok perdagangan tersebut.

Namun jika cadangan Brexit PM Johnson diterima oleh EU, dagangan GBP bakal kembali melonjak semula dalam pasaran kewangan.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, harga terus mencatatkan penurunan dengan penyusutan nilai dagangan GBP selain ditekan oleh peningkatan pada dagangan Yen dalam suasana pasaran berisiko.

Harga bergerak perlahan pada dagangan hari ini menguji paras support pada 131.600 dan bakal meneruskan penurunan lebih rendah harga jika perkembangan mengecewakan rundingan Brexit.

Destinasi awal penurunan harga berkemungkinan menuju ke paras 130.800 sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan dan berjaya melepasi paras 132.400 dan juga garisan trendline semasa, kenaikan harga dijangka menuju ke paras zon support become resistance (SBR) pada 133.350. Kenaikan seterusnya bakal menguji paras tumpuan pada 134.400.

Kekal memantau perkembangan Brexit dan lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat