Keputusan Dovish ECB, EUR/USD Terjun Ke Paras Terendah Terbaru!

282

Dagangan pasangan matawang EUR/USD mencatatkan penurunan ke paras terendah tahunan terbaru semalam selepas bank pusat Eropah mengumumkan keputusan mesyuarat dasar monetari.

European Central Bank (ECB) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.00% untuk mesyuarat edisi Januari dan mengumumkan kajian dasar strategik polisi monetari yang terbaru.

Kajian dijangka akan selesai pada penghujung 2020 dan Presiden ECB, Christine Lagarde menyatakan kebimbangan perubahan iklim.

Krisis tersebut bakal mencetuskan penggunaan rangsangan monetari tambahan dan susulan tersebut, dolar Euro mengalami penyusutan ketara pada sesi New York semalam.

Setelah dagangan EUR/USD mendatar sejak sesi Asia, harga mula menunjukkan pergerakan drastik memasuki awal sesi pasaran New York.

Harga yang cuba melakukan kenaikan mencapai paras ketinggian sekitar 1.11070 kemudiannya menjunam 70 pips susulan kenyataan dovish bank pusat ECB.

Penurunan lebih rendah semula dari paras halangan Moving Average 50 (MA50) telah menembusi zon support 1.10700 sehingga harga mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.10350 yang juga merupakan zon support pada dagangan Disember lalu.

Harga kemudian kembali bergerak perlahan sehingga sesi pasaran New York berakhir dan menutup dagangan di paras sedikit tinggi.

Dengan tekanan oleh faktor wabak coronavirus, dagangan EUR/USD berkemungkinan bakal meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju paras tumpuan pada 1.10000 yang juga merupakan zon support pada dagangan November 2019.

Jika kenaikan harga dipamerkan, harga bakal menguji semula paras 1.10700 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) yang terbaru.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju pula paras 1.11000 yang menjadi resistance sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat