Keputusan Exit Poll Pamer Parti Boris Johnson Raih Kemenangan Terbesar Sejak Tahun 1987!

950

Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson kelihatan sudah bersedia untuk kemenangan majoriti dalam pilihan raya UK kali ini yang membolehkannya mendapatkan Brexit pada 31 Januari ini.

Keputusan exit poll menunjukkan Parti Konservatif memenangi 368 kerusi lebih daripada cukup untuk meraih majoriti yang selesa daripada 650 kerusi di parlimen dan ia akan menjadi kemenangan terbesar bagi parti itu sejak kejayaan Margaret Thatcher pada tahun 1987.

Exit poll merupakan undian yang diambil selepas pengundi keluar dari pusat mengundi. Tidak seperti undian tinjauan yang memerlukan pengundi untuk memilih calon yang ingin diundi, exit poll memerlukan pengundi memilih calon sebenar yang telah diundi.

Berdasarkan lima pilihan raya terakhir, hanya satu keputusan exit poll yang menunjukkan keputusan yang berbeza iaitu pada tahun 2015 apabila ia meramalkan parlimen digantung tetapi sebenarnya ia dimenangi oleh Parti Konservatif.

Susulan itu, matawang pound mengukuh ke paras tertinggi berbanding kesemua matawang utama. Pound melonjak ke paras tertinggi 3 setengah tahun iaitu sejak Julai 2016 berbanding dolar euro manakala berbanding US dolar, pound diniagakan di paras tertinggi sejak Mei 2018.

Pasangan matawang GBP/USD melonjak 400 pips ke sekitar paras harga 1.35100 sejurus selepas keputusan exit poll dikeluarkan pada awal pagi tadi.

Sementara itu, kesemua matawang utama juga meraih pengukuhan dengan keyakinan terhadap kemenangan Parti PM Johnson dapat memecahkan kebuntuan Brexit yang telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Keputusan rasmi bagi pilihan raya tersebut dijangka bakal diumumkan pada petang ini, menurut laporan Reuters.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat