Keputusan Laporan Korporat Baik Tapi…

119

Komen pegawai Federal Reserve (Fed) berkenaan prospek pengetatan dasar menolak input positif laporan korporat untuk menyaksikan ekuiti tenggelam menjelang hujung minggu.

Hasil Perbendaharaan terus berada di paras tertinggi baru 14 tahun dengan pelabur mencerna komen pegawai Fed yang bernada hawkish dalam melaksanakan kenaikan kadar memandangkan inflasi masih tampak liat untuk menurun.

Turut memberi kesan kepada sentimen adalah data tuntutan faedah pengangguran yang lemah, mengembalikan kebimbangan mengenai pertumbuhan gaji dan menolak greenback untuk mengukuh.

Hasilnya, indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.26% pada 30,344.04 sementara S&P 500 hilang 0.78% pada 3,666.19 dan Nasdaq Composite turun 0.66% pada 10.610.27.

Situasi di Eropah dilihat sedikit berbeza dengan pengumuman perletakan jawatan Perdana Menteri Britain, Liz Truss mendorong penutupan positif.

Indeks STOXX 600 Eropah naik 0.26% dan tolok MSCI saham seluruh dunia pula susut 0.55%.

Di rantau Asia, Nikkei 225 Jepun susut 0.24% dengan Topix hilang 0.33% sementara Kospi Korea Selatan turun 0.23% dan Kosdaq jatuh 0.37%.

Indeks S&P/ASX 200 Australia jatuh 0.68% dan indeks meluas MSCI Asia Pasifik turun 0.43%.

Mencerap penanda aras hasil Perbendaharaan, nota 10 tahun susut 18.32 dalam harga pada hasil 4.2029% dari 4.129% namun masih berada di paras tertinggi 14 tahun.

Selain itu, bon 30 tahun turun 36/32 dalam harga pada hasil 4.2051% dari 4.127%.

Ringkasan mata wang memperlihatkan indeks dolar jatuh 0.02% dengan Euro naik 0.13% pada $0.9784 sementara Yen melemah 0.10% pada $150.05 dab Pound naik 0.13% pada $1.1229.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat