Keputusan Mengejut Apple Buatkan Pelabur Jual Sahamnya

683

‘Keluar produk yang serupa, tambah $100 dah boleh dapat smartphone lebih canggih.’

Pengilang Apple Inc di China dilaporkan menghentikan pengeluaran komponen produk baharunya telah membuatkan saham syarikat menyusut.

Difahamkan Apple mengarahkan operasi pengeluaran komponen bagi iPhone 14 Plus dihentikan, sementara syarikat membuat penilaian semula permintaan terhadap produk tersebut yang agak perlahan.

Turut dilaporkan bahawa 2 lagi pengilang yang memasang produk tersebut diarahkan menghentikan operasi yang seterusnya menyebabkan kemerosotan pengeluaran.

Perkara ini mencadangkan bahawa pengguna dilihat memilih untuk membeli produk yang lebih mahal dan berskrin lebih besar seperti iPhone 14 Pro Max pada $1,009 berbanding iPhone 14 Plus yang dijual $899.

Selain itu, laporan Bloomberg turut mengatakan permintaan terhadap model baru iPhone 14 tidak mencapai sasaran seperti yang ditetapkan pasaran.

Mengeruhkan lagi keadaan pasaran telefon pintar sendiri mengalami penyusutan permintaan sebanyak 9% pada suku ke-3 tahun ini berbanding sebelumnya.

Ketika penutupan sesi dagangan saham Apple susut sekurang-kurangnya $4 dan semasa penulisan berita ini ia dilihat naik 0.94% pada $143.75 dengan permodalan pasaran sebanyak $2.31 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat