Keputusan Mengejutkan Oleh Bank of Canada, Usd/Cad Jatuh 220 Pip

54

Bank of Canada (BoC) menaikkan kadar polisinya kepada 0.75% dari 0.50% sebelum ini dalam mesyuarat polisi monetari pada Rabu. Dolar Kanada mengukuh berbanding matawang utama yang lain dan paling banyak tertekan adalah US dolar dengan Usd/Cad jatuh sehingga 220 pip.

Keputusan ini sebenarnya tidak begitu dijangka apabila permulaan tahun ini pasaran melihat bank pusat sukar untuk mengetatkan polisi dengan kebimbangan terhadap NAFTA dan juga pasaran perumahan yang semakin panas.

Gabenor Poloz dalam kenyataannya juga menyatakan pelaburan domestik juga semakin meningkat dan menjangka perniagaan akan melonjakkan pelaburan yang akan mengurangkan masalah-masalah kecil dalam ekonomi.

Apabila ditanya tentang inflasi, Poloz menyatakan data-data dan keadaan ekonomi semasa akan menentukan tindakan atau keputusan polisi monetari yang akan dibuat. Elemen utama kata bank pusat adalah kenaikan kadar gaji yang juga telah menunjukkan isyarat kenaikan.

Komen beliau terhadap harga minyak, Poloz mengatakan, “masih ada sedikit pelarasan dalam kejutan harga minyak di mana pelarasan yang paling besar telah pun selesai”. Tambahnya, bank pusat menjangka harga minyak akan berada di sekitar $40 hingga $60 setong dan syarikat-syarikat juga mempunyai jangkaan yang sama.

Bank pusat berpendirian bahawa kadar faedah akan terus meningkat dalam jangka masa sederhana. Namun, tidak ada panduan sama ada BoC akan menaikkan lagi kadar pada tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat