Keputusan Mesyuarat ECB Akibatkan EUR/USD Menjunam 240 Pips!

466

Menjadi tumpuan pasaran semalam adalah keputusan mesyuarat bank pusat Eropah yang dinantikan oleh para pelabur sejak awal minggu.

Matawang Euro melonjak sebaik sahaja European Central Bank (ECB) mengumumkan kadar faedah dikekalkan tidak berubah di paras 0.00%, meleset berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran.

Namun Euro kembali menyusut berikutan ECB turut mengumumkan pembelian bon bulanan ditingkatkan kepada 120 bilion euro sehingga penghujung tahun ini sebagai respon krisis wabak Coronavirus COVID-19.

Jika dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD pada sesi Eropah semalam, harga dilihat telah membuat penurunan ke paras 1.12000 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Susulan keputusan mesyuarat ECB diumumkan, harga melonjak ke paras 1.13000 namun tidak melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Harga kemudian terus menjunam sekitar 240 pips ke paras lebih rendah setelah menembusi zon RBS 1.12000.

Penurunan harga terendah mencecah paras 1.10550 sebelum harga kembali naik semula menutup dagangan sesi New York di sekitar paras 1.12000 semula.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan pergerakan harga yang perlahan dengan sentimen pasaran masih lagi berisiko.

Harga berkemungkinan menyambung semula penurunan ke paras terendah harian semalam atau menuju paras lebih rendah ke paras 1.10000.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga dilihat akan menguji paras halangan dinamik MA50 dan juga paras ketinggian semalam pada 1.13000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat