Keputusan Mesyuarat Pengeluar Utama Minyak Mentah Masih Menjadi Tanda Tanya!

43

Harga minyak mentah bertukar lemah dalam sesi Asia. Dalam masa yang sama, pasaran Amerika Syarikat dan Kanada hari ini ditutup berikutan cuti umum. Sementara itu, komen dari mesyuarat kemuncak G-20 juga dinanti bagi isyarat permintaan yang lebih jelas.

Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah mentah untuk penghantaran bulan Oktober menurun 0.07% kepada $44.12 setong. Di ICE Futures Exchange London minyak mentah Brent bagi penghantaran November menjunam kepada 0.81%.

Pedagang minyak akan memberi tumpuan kepada data simpanan Amerika Syarikat pada Rabu dan Khamis bagi isyarat bekalan dan permintaan yang terkini.

Minggu lepas, minyak mentah sedikit meningkat berikutan komen Rusia yang memihak kepada pembekuan bekalan.

Jangkaan kenaikan kadar pada bulan ini juga melemah disebabkan data NFP yang agak mengecewakan pada minggu lepas.

Harga minyak mengukuh pada Jumaat selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata dalam satu temu bual bersama Bloomberg bahawa perhimpunan pengeluar utama tersebut bakal membantu menstabilkan pasaran minyak mentah.

Ahli OPEC dijangka akan memulakan mesyuarat mengenai lebihan bekalan ini bermula 26 hingga 28 September. Pun begitu, menurut sebahagian besar penganalisis, mesyuarat ini berkemungkinan besar gagal mencapai apa-apa keputusan yang bakal menggembirakan pasaran minyak mentah.

Mereka percaya bahawa rundingan pembekuan bekalan ini akan ditangguhkan ke mesyuarat rasmi OPEC yang bakal diadakan di Vienna pada 30 November.

Cubaan bagi pembekuan bekalan sebelum ini gagal selepas Arab Saudi menarik diri berikutan keengganan Iran untuk bekerjasama.

Sementara itu, pelabur pasaran terus memberi tumpuan aktiviti penggerudian Amerika Syarikat yang semakin bertambah ditengah-tengah jangka masa pemulihan baru-baru ini. Pembekal perkhidmatan medan minyak Baker Hughes melaporkan, pelantar minyak mentah di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 1 hingga 407 buah.

Sesetengah penganalisis mengandaikan bahawa jumlah peningkatan ini hanya akan meningkatkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.

Ada yang loss ketika NFP lalu? Jom throwback keputusan NFP disini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat