Keputusan Mesyuarat RBA Benamkan AUD/USD Ke Dasar

243

Meneliti kepada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga telah meningkat sekitar 50 pips pada pembukaan dagangan November di sesi Eropah semalam (Isnin) sehingga ke penghujung sesi.

Namun pergerakan harga masih lagi bergerak secara mendatar dan tidak menentu di zon rintangan 0.75000 dan kekal didagangkan pada paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Memasuki ke sesi Asia hari ini (Selasa), harga tampaknya telah membuat penurunan ketara angkara keputusan oleh mesyuarat polisi Bank Pusat Australia yang dikeluarkan pada sebentar tadi.

Tepati jangkaan ramalan bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) mengambil langkah dalam mengekalkan pelonggaran polisi yang sama sekali telah mengakibatkan dolar Aussie bergerak lemah selepas mesyuarat.

Mengejutkan pelabur, RBA mengumumkan untuk menamatkan sasaran hasil bon untuk April 2024 pada 0.1% dan mengekalkan kadar faedah di paras 0.10% tidak berubah.

Kelemahan yang dipaparkan juga dilihat sangat parah berbanding matawang USD yang ketika ini pelabur lebih berwaspada terhadap pelbagai data-data penting yang akan diterbitkan pada minggu ini termasuk laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) dan juga mesyuarat FOMC.

Andai kata pergerakan harga terus menjunam, paras sokongan sekitar 0.74600 dijangka akan diuji semula sebelum memberi petunjuk awal yang lebih jelas untuk membuat perubahan trend bearish.

Penurunan ketara akan memperlihatkan pergerakan harga mencecah ke zon RBS (resistance become support) 0.74000 yang menjadi paras permulaan lonjakan harga pada sebelum ini.

Namun sekiranya harga berjaya mencatat prestasi cemerlang untuk melonjak, paras tertinggi 15 minggu yang dicapai pada minggu lalu sekitar 0.75500 dijangka akan sekali lagi diuji.

Kenaikan yang lebih garang akan menyaksikan pergerakan harga menembusi paras tertinggi tersebut bagi mencapai pula ke zon rintangan 0.76000 dan seterusnya bakal mencatat paras tertinggi yang terbaharu.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat