Keputusan OPEC+ Angkat Harga Minyak

382

Pedagang minyak mentah menyambut baik keputusan OPEC dan sekutunya, termasuk Rusia yang lebih dikenali sebagai OPEC+ untuk mengekalkan tambahan pengeluaran semasa sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Januari.

Penularan varian Omicron telah menambah kebimbangan terhadap permintaan yang lebih rendah dan lebihan minyak mentah awal tahun depan selepas negara-negara pengguna minyak utama berjanji untuk melepaskan rizab kecemasan mereka.

Bagaimanapun, kenyataan OPEC+ yang mengatakan bahawa ia bersedia untuk melaraskan pelan pengeluaran dengan pantas sekiranya wabak Covid-19 menjejaskan harga minyak mentah secara drastik pada mesyuarat akan datang.

Ini membuatkan dagangan minyak mentah kembali positif, menyaksikan niaga hadapan Brent diniagakan meningkat pada $70.72 setong pada sesi Asia hari ini. Sementara niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $67.64 setong.

Sementara itu, timbalan setiausaha tenaga AS, David Turk memberitahu bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden boleh melaraskan masa rancangan pelepasan bekalan minyak mentah dari rizab strategiknya jika harga tenaga global jatuh ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat