Keputusan OPEC+ Tepati Jangkaan, Harga Minyak Naik Lagi

248

Seperti dijangkakan, Pertubuhan Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) dan sekutunya, OPEC+ bersetuju untuk mengekalkan pengeluaran tambahan sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Mac.

Keputusan itu dibuat ketika terdapat kebimbangan mengenai kekangan bekalan minyak dunia di tengah ketegangan geopolitik yang masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mereda.

Susulan daripada keputusan tersebut, harga minyak mentah meningkat dengan mendadak dan menyentuh paras ketinggian terbaharu sejak Oktober 2014.

Walaupun begitu, harga komoditi itu kembali mengurangkan keuntungannya untuk susut sedikit lebih rendah pada sesi dagangan hari ini.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada sekitar $89 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $87.70 setong.

Sementara itu, laporan terbaharu daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan bekalan minyak mentah jatuh sebanyak 1.04 juta tong pada minggu lepas, berbanding jangkaan untuk meningkat 1.5 juta tong.

Kebimbangan terhadap kemelut antara kuasa NATO yang diketuai AS dan Rusia mengenai masa depan Ukraine telah mewujudkan ketidakpastian yang tinggi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sekiranya AS dan sekutunya mengenakan sekatan ke atas Rusia, ia boleh mengakibatkan bencana besar pada pasaran minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat