Kerajaan Berhadapan Penalti RM22 Billion Jika Batal Projek ECRL

2,320

Kerajaan berhadapan dengan penalti berjumlah RM22 billion jika bercadang untuk membatalkan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), menurut The Malaysian Insight.

Fasa satu landasan kereta api dari Kelantan ke Pelabuhan Klang itu telah siap 20% dan berhadapan dengan kritikan kerana menelan belanja sehingga RM66 billion.

Menurut Malaysian Insight, dokumen perjanjian menunjukkan pampasan RM22 billion itu termasuk pembayaran kepada pembekal, kos rombakan, prinsipal pinjaman, caj faedah dan komitmen bekalan dan perkhidmatan.

Perjanjian pinjaman bagi membiayai projek ECRL dibuat oleh kerajaan Malaysia di bawah Najib Razak bersama Exim Bank of China. Lebih membebankan adalah 85% pinjaman yang dibiayai untuk projek itu tiada terma klausa penamatan. Penamatan kontrak pula akan menyebabkan pinjaman perlu dibayar balik dalam tempoh 30 hari perniagaan.

Timbul persoalan, kenapa kerajaan dahulu menerima perjanjian yang langsung tidak menguntungkan Malaysia? Bagaimana dengan projek fasa satu yang telah siap 20%?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat