Kerajaan Campur Tangan – Pelabur Kripto Jadi Buruan Pengutip Cukai!

2,120

Pemerintan Seoul Korea Selatan dilaporkan telah merampas kripto yang bernilai 25 bilion won ($ 22 juta) dari penghindar cukai — langsung dari akaun pertukaran mereka.

Berdasarkan laporan media tempatan Yonhap pegawai cukai telah merampas aset kripto yang dimiliki 1,566 individu dan pelbagai syarikat kerana enggan membayar cukai berdasarkan semakan terhadap tiga medium pertukaran kripto.
Jumlah rampasan adalah berjumlah $ 22 juta yang datang dari 676 individu yang belum membayar cukai.

Hasil daripada rampasan yang dijalankan,118 orang sudah membayar 1.26 bilion won ($ 1.12 juta) untuk mendapatkan kembali aset kripto mereka.

Pihak berkuasa mengatakan bahawa, para pelabur terus mendesak pihak berkuasa menjual kripto mereka dan sebagai balasan mereka akan membayar cukai. Pihak berkuasa berpendapat bahawa bahawa individu dan syarikat yang dirampas kripto mereka mungkin menjangkakan kripto mereka akan lebih menguntungkan.

Saban hari kita kerap mendapat berita bahawa topik cukai dalam industri kripto semakin hangat diperkatakan. Semalam, laporan yang belum disahkan menyatakan bahawa undang-undang cukai baru akan diusulkan di A.S., menaikkan cukai sebanyak 43.5% untuk keuntungan melebihi $ 1 juta.

Susulan itu, pasaran kripto terus bertukar menjadi lautan mereka kerana khuatir undang-undang tersebut dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat