Kerajaan Itali Dijangka Akan Menyelamatkan Bank Tertua Dunia Ini

43

Kerajaan Itali dijangka akan campurtangan untuk menyelamatkan Bank Montei dei Paschi berikutan kegagalan bank tertua ini untuk mendapatkan 5 bilion euro dari pasaran. Pengambil alihan ini adalah yang terbesar sejak tahun 1930.

Itali akan menggunakan sejumlah 20 bilion euro bagi pakej menyelamatkan beberapa bank di Itali yang mengalami masalah kecairan. Montei Paschi pula menyatakan akan meminta kerajaan meningkatkan modal ‘precautionary’ (berjaga-jaga).

Penganalisis Manuela Meroni mengatakan, “Campurtangan kerajaan akan berlaku yang akan merisikokan pemegang saham Montei Paschi dan jika bank ini dapat diselamatkan akan mengurangkan ‘systemic risk‘ dalam sektor perbankan Itali”.

Bagi Jacopo Ceccatelli Ketua Penganalisis di Broker Marzottoo Itali menagtakan, “Ini adalah berita baik, akhirnya kita akan menyelesaikan masalah ini”. “Apa yang Itali buat ini adalah yang dilakukan oleh negara lain bertahun-tahun dahulu untuk mengekalkan sistem perbankan”.

Perbankan di Itali ketika ini berhadapan dengan beban yang begitu tinggi dengan amaun ‘bad loans’ berjumlah 360 bilion euro yang telah mengurangkan keyakinan pelabur-pelabur. Pengambilalihan oleh kerajaan juga mungkin akan melibatkan Bank Vaneto dan Papolare di Vicenza.

Menteri kewangan Itali Pier Carlo juga mengatakan, “Kita akan melihat jika bank yang lain juga meminta bantuan”.

Saham Montei Paschi mencatatkan 87% kejatuhan nilai saham tahun ini dari 120 euro pada Januari kepada 16.58 euro pada sesi Khamis. Hari ini saham bank ini jatuh lagi ke paras 15.08 euro setakat pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat