Kerajaan Korea Selatan Desak Apps Store & Google Play Sekat Permainan Kripto!

513

Kementerian Budaya, Sukan, dan Pelancongan Korea Selatan bahagian Game Management Committee (GMC) telah membuat sekatan terhadap pelancaran permainan berkonsepkan play-to-earn (P2E) baharu dan pada masa yang sama menggesa Google Play dan App Store untuk melenyapkan permainan berkonsepkan sama dari pasaran.

Usaha tersebut bermula semalam.

P2E merupakan permainan yang berasaskan blockchain dan kebanyakkannya menawarkan ganjaran dalam kripto dan NFT.

Mereka percaya keputusan yang diambil adalah untuk menangani pertumbuhan sektor “skim” penjanaan wang spekulatif.

Selain daripada itu, pembangun permainan perlu berhadapan dengan pihak mahkamah untuk mendapat kelulusan pelancaran produk mereka di platform aplikasi domestik.

Kenapa?

Mereka berhadapan dengan kesukaran untuk dapatkan penilaian umur (age rating). Aspek ini perlu dipenuhi sebelum dipromosikan di platform aplikasi domestik.

Isu mula menjadi beban mereka sejak April 2021.

Mahkamah agung menjelaskan: “Sekarang ini adalah untuk kerana ganjaran tunai yang ditawarkan dalam permainan tersebut boleh dianggap sebagai hadiah.”

Untuk pengetahuan, hadiah yang diperoleh daripada permainan P2E di negara itu tidak boleh melebihi 10,000 KRW (RM35.23).

Cisss. Tak sampai RM100 pun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat