Kerajaan Panik & Terpaksa Campur Tangan! Yen Terlalu Rendah Sejak 1998

315

‘Memang Jepun nak kekalkan nilai mata wang dia rendah, tapi ni rendah sangat pulak, masalah betul buat orang Jepun macam ni.’

Harapan Bank of Japan (BOJ) untuk Yen diniagakan rendah berbanding dolar telah dicapai, namun bukan sehingga nilainya menyusut ke paras terendah 24 tahun.

Buat masa ini Yen diniagakan di bawah paras psikologi 140 Yen berbanding dolar, catatan terendah mata wang Jepun tersebut sejak Ogos 1998.

Faktor utama kepada penyusutan nilai Yen adalah kerana dolar terus mengukuh apabila laporan buruh yang diterbitkan dilihat baik, selain ramalan kenaikan kadar agresif oleh Federal Reserve (Fed).

Keputusan BOJ untuk mengekalkan kadar faedah terlalu rendah bagi menyokong pemulihan ekonomi juga menambah faktor Yen melemah berbanding sejumlah mata wang utama lain.

Berbalik kepada tajuk asal, penyusutan tidak terkawal Yen telah memaksa campur tangan kerajaan Jepun apabila Menteri Kewangan Shunichi Suzuki mengatakan pasukanya akan ‘menangani’ isu tersebut dengan segera.

Ulas Suzuki bahawa penyusutan mata wang berlebihan dan tidak teratur boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi dan keadaan kewangan.

Sungguhpun begitu penganalisis Dwyfor Evans dari State Street Global Markets bahawa usaha menyelamatkan Yen ‘tidak akan membuah hasil’ memandangkan terdapat jurang kadar faedah yang terlalu besar antara Jepun dan seluruh dunia.

Dalam pada itu, pengukuhan dolar turut dirasai oleh Pound apabila nilainya susut 5% buat kali pertama sejak Oktober 2015.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat