Kerajaan Perkenal Skim Baru Untuk Pasaran Hartanah Di Bawah Belanjawan 2020

350

Kerajaan sedang memepertimbangkan skim pemilikan rumah bagi mereka yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman perumahan dalam Belanjawan 2020, menurut kenyataan Timbalan Meneteri Kewangan Datuk Wira Amiruddin Hamzah.

Isu-isu yang dialami dalam pasaran hartanah seperti kebolehpercayaan pembeli tertentu dan kesesuaian antara lokasi rumah dan harapan pembeli akan diatasi melalui skim baru yang akan diperkenalkan.

Kementerian Kewangan dikatakan berada pada peringkat akhir dalam merumuskan Belanjawan 2020 dengan tambahan cadangan dan maklum balas oleh semua pihak yang berkaitan.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi kenyataan lebih lanjut mengenai bagaimana skim baru tersebut akan membantu rakyat tetapi menyatakan bahawa ia merupakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah pemilikan rumah di negara ini.

Sementara itu, sektor hartanah merekodkan urus niaga sebanyak 160,172 bernilai RM68.3 bilion pada separuh pertama tahun 2019 iaitu 6.9% lebih tinggi daripada 149,682 transaksi yang bernilai RM67.74 bilion pada separuh pertama tahun 2018.

Peningkatan dalam pasaran hartanah yang dilaporkan adalah sejajar dengan pergerakan pertumbuhan ekonomi negara pada separuh pertama 2019.

Dengan sokongan daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh pada suku kedua tahun ini, pasaran hartanah negara dijangka kekal stabil bagi separuh kedua di samping dibantu oleh langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat