Kerajaan Rancang Untuk Dapatkan Pinjaman Dan Menjual Asetnya Bagi Mendapatkan Dana

784

Kerajaan sedang menimbang untuk mengeluarkan bon (hutang) dan juga mencairkan aset-asetnya dalam usaha memenuhi keperluan kewangannya.

Isu hutang atau mengeluarkan bon adalah bermaksud untuk mendapatkan pinjaman. Bermaksud di sini, kerajaan hendak mendapatkan pinjaman (berhutang) bagi membiayai perbelanjaannya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kombinasi tersebut (isu hutang dan mencairkan aset) bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap satu-satu strategi.

Dalam kenyataannya, beliau berkata keutamaan kerajaan adalah untuk mendapatkan kos pembiayaan kewangan yang paling rendah.

“Kedua, penetapan masa dan saiz dana yang didapatkan akan berpandu kepada keupayaan pasaran kewangan dalam menyerap dana tersebut di samping mengelak daripada kesan yang tidak diingini.

“Ketiga, sebarang strategi yang diambil akan berfokus kepada mengekalkan keyakinan dalam kestabilan fiskal dan keteguhan ekonomi,” demikian kata beliau.

Berkaitan dengan pengeluaran hutang tersebut, Lim berkata terdapat beberapa faedah dalam mengeluarkan hutang.

“Ini adalah kaedah yang paling ringkas, boleh dipercayai dan mudah untuk diuruskan berdasarkan saiz pelabur institusi kita.

“Pengeluaran hutang tersebut akan dijalankan secara beransur-ansur dan trasparen kepada pasaran.”

Dengan ini, beliau berkata, akan memastikan pelabur dapat menyerap tambahan hutang yang dikeluarkan oleh kerajaan tanpa perubahan besar kepada pulangan yang mungkin boleh menyebabkan kenaikan kos pinjaman kerajaan.

Dari segi mencairkan aset (asset monetisation), Lim berkata kerajaan akan menimbang untuk mencairkan aset yang tidak-kritikal dan tidak-strategik dengan terlibat dalam penjualan saham, tanah dan lain-lain.

Lim memastikan bahawa proses ini akan dijalankan dengan standard pematuhan dan trasparensi yang tinggi tanpa memberi kesan buruk kepada komuniti perniagaan dan rakyat Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat