Kerajaan Sepanyol Beri Tempoh Sehingga Khamis Kepada Puigdemont

63

Presiden Catalan Carles Puigdemont pada Isnin gagal untuk menjelaskan pada Isnin sama ada beliau telah mengumumkan kemerdekaan Catalonia atau tidak, sekaligus masih menghalang kerajaan pusat mengambil alih pentadbiran wilayah itu serta-merta.

Puigdemont membuat deklarasi yang simbolik kepada kemerdekaan pada Selasa, tetapi menangguhkannya beberapa saat selepas itu dan mahu rundingan dengan Madrid tentang masa depan Catalan.

Perdana Menteri Sepanyol Rajoy sebelum ini memberikan Puigdemont sehingga 4 pagi Selasa waktu Malaysia untuk menjelaskan pendirian beliau dan sehingga Khamis untuk mengubah pendirian memisahkan Catalan. Jika Puigdemont gagal berbuat demikian Madrid akan menggantung autonomi Catalonia jika beliau memilih kemerdekaan.

Deklarasi terhadap kemerdekaan boleh mencetuskan Artikel 155 perlembagaan 1978 Sepanyol yang mana kerajaan Sepanyol boleh mengambil alih pentadbiran Catalonia serta-merta jika mereka melanggar undang-undang ini.

Selepas itu, kerajaan pusat boleh memecat pentadbiran tempatan dan membuat kerajaan baru, mengambil alih kawalan terhadap polis dan kewangan dan mengadakan pilihanraya.

Laporan terbaru, mengatakan kerajaan pusat memberikan tempoh sehingga Khamis kepada Puigdemont untuk menjawab persoalan sama ada telah mengumumkan kemerdekaan atau tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat