Kerajaan Sudah Mula Turun Padang Menangani Isu Bitcoin – Kini Giliran Kesatuan Eropah Dan Mexico

119

Sejak kenaikan harga bitcoin melebihi 1000% pada tahun ini, ia telah menarik perhatian ramai orang dan institusi termasuk kerajaan di kebanyakan negara.

Harga bitcoin telah naik keparas $20,000 bagi satu bitcoin sebelum jatuh ke paras $16,436.50 pada hari ini setakat jam 3.00 p.m.

Peningkatan harga yang drastik tanpa asas fundamental yang kukuh dan tidak dikawalselia telah melahirkan banyak pandangan positif dan negatif.

Kerajaan di kebanyakan negara di seluruh dunia menaruh perhatian penting berkenaan strutktur pengkawalseliaan Bitcoin, ICO dan matawang crypto lain sebagai langkah untuk mencegah peningkatan pengubahan wang haram melalui penggunaan matawang crypto dan menghalang mereka dari mengelak cukai.

Masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan ialah sifat ‘anonymous‘ (identiti anda tidak boleh dikenalpasti) yang ditawarkan oleh bitcoin. Hal ini menyebabkan kerajaan tidak dapat mengenal transaksi yang berkaitan jenayah.

Justeru, kerajaan kini sedang berusaha untuk membangunkan sistem bagi mengenalpasti pengguna jaringan tersebut bagi mengurangkan kemungkinan penjenayah untuk menjalankan aktiviti di pasaran gelap.

Kesatuan Eropah memutuskan untuk membangunkan platform pasaran matawang crypto dan ICO kepada orang ramai bagi mengenalpasti pengguna. Selain itu, platform itu juga membolehkan mereka memberi maklumat kepada pihak berautoriti jika terdapat aktiviti yang mencurigakan.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa negara yang mengharamkan Bitcoin sebagai medium transaksi namun mengiktirafnya sebagai alat pelaburan yang berisiko tinggi. Antaranya ialah Mexico. Mexico telah memutuskan untuk membangunkan dasar undang-undang bagi mengawalselia projek pelaburan dan pembangunan. Undang-undang tersebut bermotifkan untuk mencegah terorisme,namun dalam masa sama menggalakkan pembangunan teknologi.

Selain itu, kerajaan UK juga turut serta dalam rancangan mengawalselia bitcoin. Rujuk disini; https://intraday.my/kementerian-kewangan-uk-merancang-untuk-mengawal-selia-dan-mengcrack-bitcoin-seawal-tahun-hadapan/.

Manakala negara Arab seperti Kuwait, berdasarkan laporan menteri kewangannya, Kuwait tidak mengikhtiraf bticoin dan pasaran kewangan diharamkan untuk memperdagangkan matawang-crypto. Namun Dubai optimis dengan pembangunan blockchain dan berhasrat untuk menjadi peneraju pertama dunia dalam dunia blockchain yang digunapakai oleh kerajaan.

Terkini, Malaysia juga telah mengeluarkan rancangan peraturan untuk perniagaan matawang digital. Namun, menegaskan ia bukanlah satu bentuk autorisasi kepada matawang digital di Malaysia.
sila baca disini; https://intraday.my/bank-negara-mahu-exchanger-matawang-digital-melaporkan-aktiviti-mereka/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat