Kerajaan Tamatkan Subsidi Ayam Bermula 1 November – Mohamad Sabu

524

Rata-rata rakyat Malaysia melontarkan pandangan yang lebih berbentuk keluhan apabila kerajaan mengumumkan subsidi dan harga kawalan ayam ditamatkan sepenuhnya bermula 1 November, Rabu ini.

Manakala, subsidi telur ayam gred A, B, dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme yang sedia ada.

Kenyataan telah disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam persidangan media yang berlangsung di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pagi tadi.

Ulas Mohamad Sabu, rasional penamatan subsidi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi di mana pada ketika ini turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Langkah yang diambil tersebut telah mengambil kira situasi terkini dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam yang mulai stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling.

Susulan pengumuman penamatan subsidi ayam itu, kerajaan akan memastikan harga jualan ayam yang diapungkan akan kekal berada kadar yang munasabah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat