Kerajaan UK Tiada Niat Untuk Membatalkan Brexit

50

Kerajaan British tidak berniat untuk membatalkan proses untuk mengeluarkan UK dari Kesatuan Eropah (European Union, EU) selepas proses formal dimulakan, kata jurucakap Perdana Menteri Theresa May.

May sebelum ini merancang untuk memenuhi ‘Artikel 50’ pada penghujung Mac yang mana memulakan proses keluar yang akan mengambil masa selama dua tahun.

Peguam kerajaan UK telah menyatakan, sekali proses ini dimulakan ia tidak akan boleh dibatalkan. Sebelum ini ada beberapa pemimpin Kesatuan Eropah mengatakan Britain boleh menukar fikiran mereka.

Bekas Perdana Menteri Tony Blair dalam ucapannya minggu lalu menyeru penyokong-penyokong ‘Bremain’ untuk bangkit dan mempertahankan kepercayaan mereka. Tambah Blair lagi, “Rakyat yang mengundi tidak mempunyai pengetahuan tentang Brexit”.

“Kami tidak berniat untuk membatalkan Artikel 50”, kata jurucakap Perdana Menteri May kepada wartawan’.

“Penduduk British sudah sangat jelas bahawa mereka mahu keluar dari Kesatuan Eropah. Artikel 50 adalah mekanisma untuk kami memulakan proses ini, dan kerajaan UK sangat jelas akan tanggungjawab untuk menunaikan keputusan yang telah dibuat dalam referendum sebelum ini”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat