Kerajaan Yakin Bahawa Geely Mampu Meningkatkan Prestasi Jualan Proton : Mustapa

72

Pengeluar kereta China Zheijiang Geely Automotive Co Ltd yang mengambil alih kepentingan sebanyak 49.9 peratus di dalam Proton diyakini akan meningkatkan prestasi jualan Proton.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bahawa pengambilalihan tersebut telah mengambil kira kepentingan syarikat, 10,000 kakitangan serta 50,000 pekerja lain di dalam rantaian bekalannya.

Hal ini memandangkan Geely mempunyai rekod prestasi yang terbukti, memandangkan syarikat tersebut merupakan antara syarikat automotif yang terbaik di China.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, Datuk Seri Mustapa mengatakan bahawa pengambilalihan Geely terhadap Volvo pada tahun 2010 juga berjaya apabila Volvo mencatatkan jualan sebanyak 540,000 kenderaan tahun lepas, dengan peningkatan sebanyak lebih 200,000 unit yang dijual pada tahun 2009, sebelum pengambilalihan tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengharapkan agar kerjasama yang dibentuk diantara kedua-dua syarikat tersebut membolehkan Proton mandapatkan manfaat teknologi Geely bagi kemudahan R&D termasuk pelbagai platform lain.

Proton juga data menambah akses kepada pasaran China dan pasaran Asia Tenggara.

Namun, apa yang lebih penting, kapasiti kilang Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam yang boleh memuatkan sehingga 380,000 unit kenderaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sebelum ini, Proton dikatakan hanya menggunakan 40 peratus daripada kapasiti keseluruhan kilang.

Kemana Hala Tuju Dagangan Emas Selepas Fed Mengekalkan Kadar Awal Pagi Tadi?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat