Kerana Satu Perjanjian, Remaja 19 Tahun Bergelar Jutawan Bitcoin Termuda

2,726

Erik Finman, seorang remaja berusia 19 tahun yang dianggap unik, tidak seperti remaja seusianya yang lain. Apakah kisah di sebaliknya?

Ketika berusia 12 tahun, beliau memilih untuk berhenti sekolah dan membuat satu perjanjian dengan kedua-dua ibu bapanya.

Dalam perjanjian tersebut, Finman perlu menukarkan tunai sebanyak $1,000 yang diberikan oleh neneknya kepada $1 juta. Beliau berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamatnya lalu berjaya membeli bitcoin yang bernilai kira-kira $1,000 dengan harga $12 setiap satu serta sejumlah wang digital lain termasuk Ether dan Ethereum.

Oleh yang demikian, dengan pelan strategi yang betul beliau telah berjaya bergelar jutawan bitcoin pada usia 19 tahun. Bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya!

Ramai individu menyatakan kebimbangan terhadap matawang kripto kerana pergerakan harganya tidak menentu begitu juga dengan bitcoin dan matawang digital yang lain. Tambahan pula, ianya tidak dikawal selia dan tidak mendapat sokongan daripada kerajaan atau bank pusat.

Walau bagaimanapun, Finman berpendapat bahawa bitcoin adalah gelombang masa depan dan beliau percaya bahawa ianya adalah matawang maya yang paling selamat untuk melabur.

Kini, jutawan remaja itu memiliki 401 bitcoin yang bernilai $3.8 milion mengikut harga terkini bitcoin $9,300 sedangkan $1,000 bukanlah satu jumlah yang besar untuk generasi milenium. Oleh yang demikian, Finman menyeru kepada golongan muda sepertinya untuk melaburkan wang mereka daripada hanya menyimpannya dalam akaun simpanan.

Selain itu, beliau juga menyarankan golongan milenium supaya mendengar nasihat jutawan Mark Cuban iaitu hanya melaburkan sebilangan kecil daripada wang tersebut.

Meskipun harga bitcoin telah mencatatkan penurunan sejak awal tahun 2018, Finman tetap percaya akan matawang tersebut bahkan langsung tidak terjejas. Beliau menyatakan bahawa majoriti individu telah menjangkakan kemerosotan tersebut.

Di samping itu, Finman menegaskan bahawa kesilapan terbesar bagi para pelabur baru ialah pandangan jangka pendek mereka. Oleh yang demikian, mereka bertindak dengan keluar dari pasaran sekarang dan menjual bitcoin hanya disebabkan oleh kejatuhan harganya.

Hakikatnya, jika bertindak dengan bijak, para pelabur mampu memperolehi dividen yang besar dalam pelaburan tersebut.

Kesimpulannya, terdapat banyak kisah inspirasi yang dapat kita jadikan contoh dalam menjalankan pelaburan. Tiada sebarang kelulusan akademik? Jangan risau, anda masih mampu bergelar pelabur mahupun jutawan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat