Kerana Tesis Universiti, Pemuda Ini Tak Sengaja Jadi Jutawan Bitcoin!

7,496

Apakah yang akan anda lakukan jika memiliki wang simpanan? Adakah anda akan melabur atau hanya menyimpannya? Apa yang terjadi kepada pemuda ini adalah di sebaliknya! Beliau tidak memiliki sebarang wang simpanan tetapi memiliki 5,000 bitcoin yang akhirnya mengubah kehidupannya.

Apakah yang dilakukan pemuda tersebut dengan bitcoin berkenaan?

Kristoffer Koch, seorang pelajar Norwegian yang membuat satu thesis tentang “internet encryption” lalu beliau menjalankan satu uji kaji dengan membeli bitcoin sebanyak $27 dolar pada 2009, matawang digital yang tidak disokong oleh mana-mana bank pusat ketika itu.

Setelah menyelesaikan thesisnya, beliau telah lupa berkenaan uji kajinya tersebut. 4 tahun telah berlalu, apabila beliau mendengar berita mengenai bitcoin, beliau mula teringat akan uji kajinya terdahulu.

Apa yang mengejutkan ialah beliau mendapati bahawa 5,000 bitcoin yang dimilikinya dahulu telah bernilai $886,000 dolar.

Keuntungan yang tidak disangkanya itu telah dilaburkan untuk membeli sebuah apartment mewah di ibu kota Norway. Selain itu, Koch juga telah menjual sebahagian besar portfolio bitcoinnya pada tahun 2013 untuk membeli sebuah flat di Oslo.

Baki daripada bitcoinnya telah berjaya dilaburkan dan memperoleh keuntungan berlipat kali ganda. Oleh yang demikian, beliau telah menjual 4,000 bitcoin untuk membeli sebuah apartment 78 meter persegi di kejiranan Toyen, Oslo.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai alternatif yang boleh kita ambil untuk menjana pendapatan yang berlipat kali ganda contohnya dengan pelaburan. Jadi, apa tunggu lagi? Jom mula melabur!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat