Kerancakan Ekuiti Bertukar Suram Kerana Komen Jerome Powell Ini!

209

Federal Reserve (Fed) akhirnya melaksanakan kenaikan pada kadar faedahnya semalam, menepati ramalan pasaran dengan komen susulan Pengerusi Jerome Powell buatkan pelabur goyang.

Mesyuarat FOMC awal pagi tadi menyaksikan kadar faedah dinaikkan sebanyak 75 mata asas untuk 4 kali mesyuarat berturut-turut, menjadikan jumlah keseluruhan dasar pengetatan kepada 4.00%.

Ketika itu, ekuiti Amerika Syarikat (AS) tampak bergerak baik namun mulai berundur selepas Powell menyuarakan nada hawkish mengenai prospek kenaikan kadar faedah pada mesyuarat seterusnya.

Indeks Dow Jones Industrial jatuh 1.55% pada 32,147.76 sementara S&P 500 susut 2.50% pada 3,759.69 dan Nasdaq Composite turun 3.36% pada 10,524.80.

Mengulas keadaan pasaran semalam adalah ketua strategi global LPL Financial, Quincy Krosby, yang mengatakan keadaan positif semasa FOMC dan bertukar negatif sebaik Powell bersuara.

Tambah Stephen Massocca dari Wedbush Securities pula mengatakan dengan satu ucapan ringkas oleh Powell yang memberi gambaran bank pusat enggan memperlahankan kenaikan telah merencatkan keyakinan pelabur.

Umumnya, pelabur sebelum ini mengharapkan Fed akan memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Disember selepas lonjakan 75 mata asas semalam namun prospek tersebut dilihat hancur dengan kenyataan baru oleh Powell.

Menyingkap keadaan di Asia pagi ini pula, Kospi Korea Selatan turun 1.41%, Kosdaq susut 1.57%, S&P/ASX 200 Australia jatuh 2.23% dan indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun junam 1%.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan mengukuh sebaik FOMC dengan nota 10 tahun naik pada 4.084% sementara hasil 2 tahun lonjak 4.603%.

Ringkasan mengenai mata wang pula mempelihatkan dolar menyusut seketika semasa FOMC namun melonjak tinggi sebaik Powell membuka mulutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat