Kerek Seh, Inflasi Singapura Tak Reti-Reti Nak Turun Walaupun Tertinggi 14 Tahun

1,485

‘Negara jiran kita terus dibelenggu tekanan dan kita patut bersyukur Malaysia tidak seteruk itu.’

Negara pulau berdaulat Singapura terus diasak tekanan inflasi yang menambah kerunsingan pembuat dasar monetari selepas ia mencapai paras tertinggi 14 tahun bulan lepas.

Menurut data terbitan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Industri negara tersebut, inflasi teras bagi bulan Julai mencecah bacaan 4.8% berbanding setahun lalu.

Ia merupakan paras tertinggi sejak November 2008 dan melepasi unjuran anggaran median 4.7% yang ditetapkan penganalisis.

Selain itu, bacaan indeks harga pengguna (CPI) Singapura mencanak ke 7% daripada catatan 6.7% bulan lepas.

Ulas MAS, mereka menjangkakan inflasi teras akan memuncak pada suku ke-3 (Q3) sebelum susut sedikit menjelang akhir tahun dan mengunjurkan pengumuman dasar pengetatan sebanyak 3 kali ganda pada mesyuarat Oktober.

Perkara tersebut turut disokong oleh akhli ekonomi Bloomberg yang menjangkakan pertumbuhan harga teras akan memuncak pada Q3 sementara inflasi utama akan mula susut pada Q4.

Dalam pada itu, penganalisis Tamara Henderson mengatakan MAS kekal di bawah tekanan selepas CPI Julai yang meningkat 0.9 mata peratus dari Jun akan menyaksikan keperluan pengetatan yang agresif pada Oktober nanti.

Ini turut disokong oleh penganalisis Barclays Plc dan Nomura Holdings Inc terhadap prospek mesyuarat Oktober.

Ijmal situasi inflasi Singapura adalah seperti berikut:

  • Harga pengangkutan meningkat paras tertinggi sejak Julai 1980.
  • Harga makanan melonjak tinggi untuk melepasi bacaan November 2008.
  • Nilai ternakan ayam sejuk beku catat rekod tertinggi 33.6%.
  • Harga elektrik dan gas mencecah paras tertinggi baru sementara inflasi perumahan serta utiliti mencanak sejak Disember 2012.
  • Untuk asas bulanan, CPI teras melonjak 0.6% sementara CPI bagi semua item menumbuh 0.2%.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat