Kerjasama Dengan Kastam China Lonjakkan Saham MyEG!

719

Saham MyEG Services Bhd melonjak pada awal dagangan hari ini susulan perjanjian yang dimeterai bersama East Logistics-Link Co Ltd.

East Logistics-Link ialah sebuah agensi milik penuh Pentadbiran Am Kastam Republik China.

Susulan perjanjian tersebut, MyEG dan East Logistics-Link akan bekerjasama menyediakan rantaian lengkap perkhidmatan kemudahan perdagangan rentas sempadan yang merangkumi sijil asal pada platform blockchain Zetrix.

Melalui Zetrix, MyEG akan menyediakan perkhidmatan digital untuk menyambung ke platform blockchain China, di mana skop perjanjian itu turut meliputi eksport antarabangsa ke Beijing.

Dalam makluman terbaru kepada Bursa, MyEG berkata pengeksport di seluruh dunia kini boleh mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan itu yang dikenali sebagai Ztrade di Zetrix.com.

Sementara itu, East Logistics-Link pula menjangkakan peningkatan ketara dalam kelajuan dan kecekapan pemprosesan perdagangan dengan penggunaan data perdagangan yang berkaitan blockchain.

Ekoran itu, hal ini dilihat akan memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan.

Setakat jam 12.30 tengahhari, saham MyEG diperdagangkan pada 77 sen selepas melonjak lebih 5% pada awal dagangan.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat