Kerugian Terbesar USD Dalam Empat Bulan, Ini Sebenarnya Yang Terjadi!

674

Dolar greenback menuju kerugian mingguan terbesarnya dalam tempoh empat bulan selepas bacaan data ekonomi Amerika Syarikat yang menyuramkan mendorong pelabur mengurangkan jangkaan terhadap pengetatan oleh Federal Reserve (Fed).

Pada suku pertama, keluaran dalam negara (KDNK) AS dilaporkan merosot 1.5% berbanding jangkaan pasaran untuk penguncupan sebanyak 1.3%. Ini merupakan anggaran kedua KDNK, di mana penilaian awal menunjukkan ekonomi menurun sebanyak 1.4%.

Kelemahan US dolar turut didorong oleh penurunan dalam hasil bon AS dan kenyataan berhati-hati daripada beberapa penggubal dasar Fed yang memberi tanda bahawa keuntungan dolar berdasarkan kenaikan kadar agresif mungkin terhenti buat masa ini.

Sentimen pada minggu ini telah disokong oleh harapan pemulihan global daripada pengumuman Shanghai untuk keluar daripada sekatan Covid-19 yang telah dilaksanakan berbulan-bulan.

Dolar Aussie dan kiwi antara mata wang yang mendapat manfaat daripada laporan ini, di samping turut disokong oleh keputusan bank pusat New Zealand (RBNZ) untuk meningkatkan kadar faedahnya lebih tinggi.

Namun, peningkatan terbaharu kes jangkitan di Beijing telah menimbulkan keraguan pasaran terhadap prospek pertumbuhan global.

Sementara itu, kemerosotan raja USD telah memberi manfaat kepada mata wang utama lain untuk meningkat, terutamanya euro yang turut dipacu oleh jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah (ECB).

Mata wang pound pula mengukuh di paras tertinggi tiga minggu walaupun bacaan data ekonomi menyuramkan pada Selasa mencetuskan keraguan bahawa Bank Pusat England (BOE) akan meneruskan pengetatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat