Keruhkan Keadaan Lagi, AS Batal Visa 1,000 Pelajar & Penyelidik China

294

Amerika Syarikat (AS) memaklumkan seramai 1,000 pelajar dan penyelidik China telah dibatalkan visa mereka selepas didakwa berisiko memberi ancaman keselamatan.

Langkah berkenaan sejajar dengan pendirian Presiden AS, Donald Trump yang menyasarkan rakyat China yang disyaki mempunyai kaitan dengan pihak tentera Beijing sejak Mei lalu.

Dakwa Trump, sesetengah rakyat China di AS telah mencuri data dan harta intelektual.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, kesemua mereka yang dibatalkan visanya disifatkan sebagai ‘berisiko tinggi’.

“Kami mengalu-alukan kehadiran pelajar dan ilmuwan dari China yang tidak mempunyai kaitan dengan Parti Komunis China,” kata jurucakap berkenaan.

Tindakan Washington itu terus mendapat kecaman daripada Beijing. Ujar China, langkah AS itu telah melanggar hak asasi manusia para pelajar China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, Beijing mempunya hak untuk bertindak balas terhadap langkah AS tersebut.

Sementara itu, sesetengah pelajar China di AS mendedahkan orang sekeliling mereka meragui sebab sebenar mereka menyambung pelajaran di negara itu.

Kira-kira 370,000 pelajar dari China menyambung pengajian di universiti seluruh AS pada 2018-2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat