Keruntuhan Bursa Kripto FTX Bawa Mimpi Ngeri! Sejauh Manakah Ia Telah Memberi Impak Pada Pasaran?

201

Keruntuhan pertukaran mata wang kripto FTX akan menjadi salah satu detik paling gelap dalam sejarah kripto. Syarikat itu mengalami isu kecairan tunai yang teruk pada bulan November dan tidak dapat memenuhi permintaan pengeluaran pelanggannya.

Binance yang merupakan platform kripto terbesar di dunia pada awalnya bersedian untuk memberi bantuan, walaubagaimanapun selepas mengaudit, Binance akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan langkah tersebut. FTX tidak dapat mencari penyelesaian dan akhirnya memfailkan kebankrapan Bab 11 dan Ketua Pegawai Eksekutif Sam Bankman-Fried meletakkan jawatannya.

Hal ini telah memberi kejutan kepada pasaran mata wang kripto. Harga kebanyakan mata wang kripto jatuh dengan mendadak, dengan bitcoin jatuh di bawah $16,000. Kebimbangan terhadap penularan masih membelenggu pasaran. Dalam perkara berikut, beberapa penganalisis telah tampil menjejak impak keruntuhan FTX tersebut.

Liquid Global, platform kripto Jepun yang dimiliki oleh FTX bertindak menghentikan pengeluaran sejurus selepas syarikat induknya memfailkan kebankrapan. Yang pertama menjadi mangsa penggodam tahun lalu dan kehilangan lebih daripada $90 juta mata wang kripto. Pada masa itu, FTX memperoleh pembiayaan hutang $120 juta supaya Liquid Global boleh menyambung semula perkhidmatannya.

Platform pinjaman kripto Genesis Global Capital juga menghentikan pengeluaran secara sementara, mendorong sebilangan besar pelanggan mula mengeluarkan aset mereka daripada entiti itu “Permintaan tidak normal” menunjukkan bahawa pelanggan bimbang pelaburan mereka boleh terjejas jika ia kekal di tangan organisasi berpusat.

Multicoin Capital yang merupakan firma venture juga turut terjejas.Rakan kongsi pengurusan Kyle Samani dan Tushar Jain mengakui bahawa mereka menyimpan “terlalu banyak aset di FTX.” Syarikat itu menyuarakan harapan ia boleh mendapatkan semula sebahagian pengedarannya tetapi menyedari ini boleh menjadi tugas yang mencabar kerana kebanyakan mereka berhadapan kebankrapan.

Syarikat induk negara Singapura yang dimiliki oleh kerajaan tempatan Temasek yang melabur $210 juta dalam FTX International dan $65 juta dalam FTX US. Ia memaklumkan bahawa pelaburan hampir merosot kepada sifar berikutan kemerosotan bursa.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong memberi jaminan bahawa krisis FTX mempunyai kesan “sangat sedikit” ke atas ekonomi tempatan memandangkan kebanyakan institusi kewangan besar belum lagi mengikuti arus kripto.

Kumpulan pelaburan dan perdagangan aset digital terbesar Eropah – CoinShares juga mendedahkan bahawa lebih $30 juta, atau kira-kira 11% daripada jumlah nilai aset bersihnya, tersekat di FTX. irma perkhidmatan kewangan kripto Mike Novogratz, Galaxy Digital turut menyatakan bahawa syarikat itu memiliki pendedahan bernilai lebih $76 juta.

Bukan itu sahaja, pengurus aset terbesar dunia, BlackRock – juga dalam senarai. etua Pegawai Eksekutif Larry Fink mendedahkan syarikatnya melabur $24 juta dalam FTX sebelum keruntuhan berlaku.

Hari demi hari dapat dilihat terdapat rangkaian laporan yang melaporkan bahawa kesan keruntuhan bursa FTX masih memberi impak terhadap pasaran kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat