Keruntuhan Pasaran Kripto Paksa Coinbase Buang Pekerja!

1,046

Platform pertukaran kripto, Coinbase memberhentikan kira-kira 18% atau 1,000 pekerjanya ketika pasaran mata wang kripto terus jatuh.

Ketua Pegawai Eksekutif, Brian Armstrong memberitahu dalam surat terbuka pada Selasa bahawa syarikat itu terpaksa membuat ‘keputusan sukar’ tersebut bagi memastikan mereka kekal selamat semasa ketidaktentuan dalam ekonomi semasa.

Beliau juga memberi amaran bahawa risiko kemelesetan ekonomi yang semakin meningkat boleh menyebabkan ‘bearish’ berterusan dalam pasaran kripto.

Walaupun Armstrong mengatakan adalah sukar untuk meramalkan keadaan ekonomi masa hadapan, tetapi syarikat itu telah mempersiapkan diri untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Awal bulan ini, firma itu telah mengumumkan untuk membekukan pengambilan pekerja kerana bergelut dengan keadaan ekonomi semasa. Kejatuhan terbaharu dalam pasaran pastinya menambahkan lagi tekanan buat Coinbase sehingga terpaksa mengambil keputusan ini.

Nilai pasaran Coinbase telah menjunam susulan penjualan yang meluas oleh pelabur kripto untuk menyelamatkan diri daripada aset berisiko berikutan jangkaan peningkatan lebih besar dalam kadar faedah oleh bank pusat Amerika Syarikat untuk menangani inflasi.

Raja mata wang kripto, Bitcoin (BTC) telah kehilangan lebih 50% keuntungan yang dicatatkan sejak ia meningkat ke paras tertinggi sepanjang masa pada November 2021.

Pada waktu penulisan, BTC diperdagangkan suram pada sekitar harga $21,000 ketika tumpuan semua pelabur terarah kepada mesyuarat polisi FOMC awal pagi nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat