Kes Aktif Hampir 3 Juta, White House Nak Lepas Tangan

1,146

Ketua pegawai White House, Mark Meadows pada Ahad memberitahu bahawa negara itu tidak lagi mengawal penularan wabak koronavirus dengan alasan wabak tersebut berjangkit seperti selsema.

Sebaliknya, Meadows menjelaskan pihak kerajaan akan menfokuskan kepada beberapa kaedah yang dapat mengurangkan kadar jangkitan seperti terapi, rawatan atau vaksin bagi mengelak peningkatan kematian.

Sehingga hari ini kes kematian di Amerika Syarikat (AS) melebihi 230,000 sejak awal pandemik.

Ini bermakna, tiada lagi langkah pengawalan penularan COVID-19 tempatan bagi membantu pengurangan jangkitan di negara itu seperti yang dikehendaki oleh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

Meadows juga menunjukkan sokongannya terhadap Trump, mengambil ringan terhadap wabak ini, menganggap pemakaian topeng muka adalah tidak wajib dan “kebebasan masyarakat” untuk membuat pilihan.

Berbeza dengan calon presiden demokratik yang juga pesaing kuat Trump, Joe Biden yang peduli tentang kesihatan penduduk AS dengan rancangannya untuk menangani virus melalui penggunaan topeng muka yang berkesan, ujian COVID-19, keperluan PPE, panduan pembukaan semula ekonomi negara dan pengedaran vaksin.

Kes kumulatif di AS mencecah hampir 9 juta setakat hari ini dan kes aktif pula menghampiri 3 juta. Sehingga 24 Oktober sebanyak 83,718 kes terbaharu dicatatkan.

Kehadiran musim sejuk akan meningkatkan lagi impak penularan wabak tersebut dan pihak pengkaji meramalkan negara itu mungkin akan mencatatkan lebih 500,000 kematian sehingga akhir Februari jika pentadbiran masih bertegas untuk mengurangkan kawalan negar

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat