Kes Mahkamah Terhadap Tether Dapat Beri Kesan Buruk Terhadap Bitcoin?

666

Pada minggu lalu, komuniti kripto dikejutkan dengan laporan bahawa Tether sedang berhadapan dengan kes mahkamah apabila Jabatan Kehakiman membuka kertas siasatan ke atas USDT dan juga bank Amerika Syarikat. Justeru, hal ini telah menimbulkan tanda tanya, bagaimanakah perkara ini akan mempengaruhi harga bitcoin.

Beberapa penganalisis telah tampil memberi ulasan mengenai hal ini. Menurut Bloomberg, tumpuan siasatan adalah mengenai sikap Tether dalam transaksi dan mencari korelasi antara mereka dan rakan pebankan. Terutama sejauh manakah pengetahuan bank A.S. mengenai perniagaan Tether Limited dan penggunaan USDT untuk membeli aset kripto lain seperti bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Bloomberg menyatakan jika ia di sabitkan kes jenayah maka ia berpotensi untuk mempunyai implikasi yang luas dalam pasaran kripto. Sebagaimana sedia maklum, Tether memainkan peranan penting dalam pasaran kripto dengan $62 billion nilai yang beredar dan menyokong lebih dari separuh perdagangan Bitcoin.

Tidak hairan mengapa timbul tanda tanya, adakah siasatan DOJ terhadap Tether yang membawa kepada pelaggaran udang-undang akan memberi impak terhadap harga bitcoin?Menurut penganalisis krisis kecairan untuk Bitcoin dan aset kripto akan beri impak buruk terhadap permintaan dan sekaligus akan menolak harga kripto jatuh lebih lanjut.

Walaubagaimanapun, harus dimaklumi ini bahawa ini hanyalah pandangan dari penganalisis Bloomberg dan setakat ini belum ada perincian mengenai peranan dan tanggungjawab bank A.S. dalam perkara yang sedang disiasat, yang menjadi perhatian DOJ.

Tambahan pula, pada bulan April yang lalu sebuah syarikat insurans bebas membuktikan stablecoin Tether “ditambat sepenuhnya” oleh US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat