Kesan Brexit Kepada Ringgit, garu kepala jugak nak depo ni.

81

Setelah keputusan referendum UK-EU semalam berpihak kepada Brexit, pasaran Asia juga terkena tempiasnya termasuk Malaysia.

Ringgit Malaysia dilihat menurun sebanyak 2.5sen kepada RM4.1207/Dollar pada 12:36pm semalam (24 Jun) dan ini adalah kerugian terbesar sejak Jun 1998.

Sebelum itu dilaporkan kenaikan tinggi 7 minggu iaitu RM3.9893/Dollar.

Ketidakpastian daripada kesan Brexit telah menyebabkan volatility yang kurang baik buat pasaran Asia, dan untuk Malaysia, skandal politik yang melibatkan Perdana Menteri menyebabkan pelabur-pelabur kurang yakin dengan Ringgit Malaysia.

USD/MYR

Keputusan Brexit telah menyebabkan pasaran masuk ke mode “risk-off” menurut Winsoon Phoon, Penganalisa di Maybank Investment Sdn Bhd.

Risk-off bermaksud kebanyakan pelabur-pelabur besar akan ke pasaran yang risikonya rendah seperti bond.

Terus bersama MoshedFX untuk berita lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat