Kesan Data Inflasi Kepada Penetapan Polisi Monetari New Zealand

46

New Zealand pagi tadi mengumumkan data inflasi yang menunjukkan peningkatan tekanan inflasi secara berperingkat, khususnya dalam sektor perkhidmatan. Ketika ini sasaran inflasi bank pusat (RBNZ) kembali berada dalam kadar 1-3% kali pertama sejak dua tahun lalu.

Mesyuarat seterusnya bagi RBNZ adalah pada 9 Februari dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan pada 1.75% yang telah dipotong kali terakhir pada November 2016.

Harga pengguna (CPI) N.Zealand meningkat 0.4% pada suku keempat 2016, lebih dari jangkaan pasaran sebanyak 0.3% kenaikan. Jika dibandingka dengan suku sebelum itu, suku ketiga yang lalu merekodkan kenaikan 0.3%.

Manakala kenaikan dari tahun ke tahun (yoy) mencatatkan kenaikan 1.3% dari 0.4% pada suku sebelum yang juga lebih dari jangkaan 1.2%.

Komponen harga pengangkutan naik 3.7% berikutan impak kenaikan harga minyak mentah global. Harga berkaitan perumahan pula naik 1.4%. Manakala harga sayuran susut mendadak yang disebabkan faktor bermusim.

Data yang dikeluarkan hari ini memberi isyarat bahawa potensi untuk RBNZ memotong kadar bulan hadapan adalah begitu kecil. Mungkin RBNZ akan menggunakan pendirian neutral dalam sidang media nanti atau dalam kenyataan monetari mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat