Kesan Inflasi AS, EUR/USD Canak 140 Pips Ke Paras Tertinggi Terbaru 6 Bulan!

166

US dolar menunjukkan penyusutan nilai yang ketara pada sesi New York semalam susulan reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Bacaan tahunan bagi indeks harga pengguna AS pada November adalah di paras 7.1%, lebih rendah berbanding jangkaan untuk susut kepada 7.3%, dan menjadikan penurunan inflasi untuk 5 bulan berturut-turut.

Hal ini semakin menguatkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis esok.

Situasi penyusutan US dolar tersebut telah dimanfaatkan oleh mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk didagangkan meningkat.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang bergerak dalam zon mendatar sejak minggu bersambung ke awal minggu ini akhirnya telah berjaya melonjak keluar mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Dengan kenaikan harian sekitar 140 pips dicatatkan semalam, harga telah melonjak melepasi rintangan 1.06000 dengan paras tertinggi terbaru dicapai sekitar 1.06700.

Namun, harga kembali perlahan pada dagangan penghujung sesi New York dan mendatar bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu) di sekitar paras harga 1.06300.

Setelah lonjakan semalam, harga dijangka lebih cenderung untuk menyambung kenaikan lebih tinggi hari ini untuk menuju pula ke paras 1.07000.

Melepasi paras tersebut akan menjadikan sasaran terbaru adalah pada ketinggian 1.08000 untuk rekod tertinggi harga 8 bulan.

Namun, situasi pasaran berubah dan berkemungkinan US dolar mengukuh semula, harga bakal mengubah arah untuk membuat penurunan semula.

Susut semula di bawah paras 1.06000 akan mendorong kejatuhan lebih rendah menuju semula paras sokongan 1.05000.

Selepas isyarat perubahan trend yang leih jelas, harga berkemungkinan boleh susut mencecah sehingga 1.04000 atau 1.03000.

Pelabur akan berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC dan juga mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis nanti.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat