Kesan Pelan Reformasi Cukai Trump Kepada Pasaran

153

Dolar US telah mencapai paras tertinggi lima minggu lalu selepas Donald Trump mengumumkan pelan pembaharuan cukai pada awal pagi Khamis yang lalu. Presiden Amerika bercadang untuk memotong cukai yang dikenakan ke atas kebanyakkan rakyat di Amerika, namun lebih memberi sokongan kepada perniagaan dan mereka yang berpendapatan tinggi.

Trump menjelaskan bahawa sistem cukai ini akan membantu setiap kelas pekerja, meningkatkan pertumbuhan pekerjaan dan memudahkan kod pencukaian. Walau bagaimanapun, hampir separuh daripada parti Republikan menentang pembaharuan ini, dan parti Demokrat kekal dengan pendirian tidak bersetuju kerana bimbang perubahan ini akan memberi kesan yang buruk pada ekonomi.

Pelan ini dilihat bertentangan dengan objektif utama Trump, mengurangkan defisit dalam bajet. Jika usul ini dikuatkuasakan, kerajaan perlu meminjam untuk membayar jumlah cukai yang semakin berkurangan akibat pemotongan, meningkatkan lagi defisit kerajaan US yang telah naik begitu tinggi kepada US$20 trillion.

Walaupun perbincangan dijalankan selama enam bulan, namun pelan ini tidak menjelaskan bagaimana kelas berpendapatan sederhana akan terkesan dengan perubahan tersebut. Sebagai contoh, pelan cukai adalah untuk mengurangkan julat cukai (tax bracket) daripada 7 kepada 3. Kadar cukai individu bersamaan 12%, 25% dan 35%. Namun, paras pendapatan yang akan dikenakan kadar cukai ini masih belum dinyatakan.

Di bawah pelan ini juga, cukai korporat akan dikurangkan daripada 30% (kadar paling tinggi di dunia) kepada 20%. Presiden sebelum ini berjanji akan mengurangkan cukai korporat kepada 15%, jadi kadar pemotongan kepada 20% bukanlah satu kejayaan besar, tidak menyokong peningkatan pasaran ekuiti lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, cadangan reformasi cukai ini bertujuan meningkatkan pertumbuhan KDNK kepada 3 peratus seperti yang dijanjikan oleh Trump dalam kempen pilihanrayanya. Namun, pelan ini dilihat akan memberi impak kepada inflasi yang mana tidak akan memberi kesan kepada pengukuhan pertumbuhan KDNK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat