Peso Mexico: Kesan Politik Kepada Pasaran Matawang Dunia

145

Matawang Peso Mexico adalah matawang yang paling terkesan daripada situasi geopolitik terkini di US, lebih-lebih lagi pada pilihanraya presiden yang akan berlangsung minggu hadapan. Peso Mexico terkesan disebabkan status US sebagai rakan dagangnya yang terbesar.

Ketaktentuan bermula dalam nilai Peso apabila Trump mengatakan akan merundingkan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang baginya hanya merugikan US. Jika Trump memenangi pilihanraya presiden akan memberikan risiko perdagangan kepada Mexico. Disebabkan hal ini lah pergerakan matawang USD/MXN agak sukar untuk dijangka disebabkan faktor Trump.

Sebelum ini, beberapa kali pungutan suara telah dibuat dengan kemenangan silih berganti antara Trump-Clinton yang juga menyebabkan volatility (turun-naik) pasangan matawang USD/MXN.

Pun begitu, pungutan suara terbaru yang telah dikeluarkan oleh Washington Post dan ABC News semalam menunjukkan Clinton mendahului Trump sebanyak 47 % berbanding 45%. Sejurus selepas berita ini dikeluarkan Peso Mexico menguat seperti yang kita dapat lihat dalam rajah di bawah graf matawang USD/MXN.

Sumber: Trading View
Sumber: Trading View

Sebelum ini dalam pungutan suara yang terdahulu menunjukkan Peso jatuh mendadak apabila Trump mendahului Clinton. Lebih-lebih lagi selepas pembukaan semula kes e-mel Clinton oleh FBI menyebabkan Peso jatuh tersungkur dengan jangkaan pasaran kepada kemenangan Trump. Ditambah lagi dengan data-data US yang dikeluarkan semalam agak mengecewakan.

Marc Chandler, Ketua Strategi Matawang Global di Brown Brothers Harriman mengatakan, “Apa yang menjadi ketaktentuan dalam pasaran sekarang bukanlah disebabkan persaingan calon presiden yang sengit, tetapi lebih kepada idea bahawa para pelabur telah selesa dengan Clinton sebagai pemenang dan pengumuman FBI minggu lepas meragukan para pelabur bahawa Clinton akan menang dalam pilihanraya.

Dalam kata mudah, pelabur sebenarnya tidak suka dengan ketaktentuan dalam politik kerana akan mengganggu pasaran atau pelaburan mereka. Disebabkan hal ini lah berlaku volatility (turun-naik) yang tidak dapat dijangka dalam pasaran sejak akhir-akhir ini.

Bila dilihat secara keseluruhan, politik telah menjadi faktor besar dalam pasaran sejak tahun lepas. Disebabkan hal ini pergerakan pasaran agak sukar untuk dijangka seperti yang kita lihat semasa Brexit dan pilihanraya presiden US.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat