Kesan Sentimen Risk Off Hanya Sementara, Dolar Mengukuh Semula Berbanding Yen

50

Dolar mengukuh semula berbanding yen pada Jumaat selepas sentimen risk off yang dimainkan oleh Korea Utara melalui pelancaran ujian peluru berpandu balistik dilihat tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada permintaan yen.

Dolar jatuh ke paras terendah harian ¥109.56 berbanding yen awal pagi tadi akibat ditekan permintaan yen yang naik selepas laporan pelancaran peluru berpandu Korea Utara dikeluarkan. Namun dolar kembali pulih semula ke paras ¥110.72 , naik 0.36% atau 45 pips daripada pembukaan harga setakat jam 3.30 petang.

Peluru berpandu Korea Utara yang dilepaskan hari ini terbang melepasi kepulauan di utara Hokkaido Jepun, jatuh jauh di lautan pasafik. Pegawai daripada Korea Selatan dan Jepun berkata ketegangan semakin meningkat selepas Pyongyang berjaya menjalankan ujian senjata berkuasa nuklear baru-baru ini.

Jepun yang mempunyai lebihan penyata imbangan tertinggi dunia sentiasa diperhatikan apabila ekonomi mengalami ketidakstabilan geopolitik dengan jangkaan Jepun akan menarik semula dana luar negeri mereka sekali gus akan menghentikan penjualan aset negara oleh pelabur asing.

Disebabkan itu, yen tetap beroperasi sebagai satu matawang safe haven walaupun geografi Jepun hampir dengan Korea Utara

Sebahagian peserta pasaran mengatakan pasaran kewangan sekarang masih berbelah bahagi, kesan sentimen risiko daripada ujian peluru berpandu korea yang baru ini mungkin singkat.

Masashi Murata, ahli strategi kewangan untuk Brown Brothers Harriman di Tokyo berkata pasaran sudah menjangkakan Korea Utara melancarkan ujian ini bagi membalas sekatan ke atas Pyongyang oleh PBB.

Pasangan matawang USD/JPY dilihat tidak akan mengalami kejatuhan mendadak selepas ini terutamanya selepas data inflasi pengguna US semalam naik diluar jangkaan, menyokong pengukuhan dolar serta meningkatkan pandangan terhadap kenaikan kadar faedah Fed tahun ini.

Sterling kekal di paras tinggi $1.3434, naik 0.28% selepas meningkat ke paras 1.34 untuk pertama kali tahun ini semalam, merekodkan kenaikan 1.4% apabila bank pusat England menegaskan kemungkinan akan berlakunya kenaikan kadar faedah untuk pertama kali sejak 10 tahun lalu pada bulan akan datang.

Dapatkan Buku Analisis Fundemental Untuk Forex Trader untuk memahami lebih lanjut tentang risk event dalam pasaran

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat