Kesatuan Eropah Mahu Berbaik-Baik Semula Dengan Amerika?

175

Kesatuan Eropah (EU) umumkan rancangan baru pada hari Rabu iaitu satu cubaan untuk memperbaiki hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat yang dibawah pentadbiran Joe Biden.

Sehingga kini sudah 4 tahun hubungan diploamatik antara A.S dan EU berada dalam keadaan tegang berikutan perselisihan dalam isu perdagangan, pertahanan, teknologi dan hubungan luar negara.

Menjelang peralihan kuasa kepada pentadbiran Biden di Rumah Putih pada bulan Januari, EU memilih untuk mempercepatkan memperbaiki jalinan diplomatik dengan menyiapkan rancangan baru.

Menurut Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von der Leyen dalam salah satu kenyataan pada hari Rabu, pihak EU mengambil inisiatif untuk merancang agenda transatlantik yang baru sesuai dengan landskap global hari ini.

Dalam rancangan terbaru tersebut, EU menetapkan empat bidang dasar utama yang harus menjadi tumpuan. Antara 4 bidang utama ialah pertama dan kedua ialah tekonologi dan perdagangan, ketiga, pandemik Covid-19 dan akhir sekali ialah isu alam sekitar dan sekuriti.

Matawang Euro meneruskan penyusutan sejak awal pembukaan dagangan Eropah berbanding US dolar dengan susut sebanyak 0.02% kepada paras tukaran 1.2068 setakat jam 10.30 p.m.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat