Kesatuan Eropah Tangguhkan Keputusan Penangguhan Brexit!

402

Keputusan mengenai Brexit dijangka akan ditetapkan pada seawal minggu hadapan selepas duta-duta Kesatuan Eropah (EU) gagal untuk mencapai kata putus terhadap permintaan UK agar tarikh akhir Brexit dilanjutkan.

Pada hari Jumaat, para duta EU telah berbincang mengenai tentang corak penangguhan sepertimana yang harus ditawarkan kepada UK mengenai tarikh akhir Brexit pada 31 Oktober.

Berdasarkan draf keputusan oleh pemimpin EU27, penangguhan ketiga akan diberikan dengan tujuan sebagai memuktamadkan pengesahan ke atas perjanjian yang telah dipersetujui oleh blok itu dan Boris Johnson pada minggu lepas.

EU berkemungkinan menawarkan pelanjutan kepada UK selama 3 bulan daripada tarikh 31 Oktober, iaitu sehingga 31 Januari 2020 dengan pilihan kepada pelanjutan yang lebih singkat dalam tahun ini jika perjanjian itu mendapat pengesahan lebih awal daripada Parlimen UK.

Suruhanjaya Eropah (European Commission) akan mendapatkan pasukan baru yang bakal ditubuhkan pada bulan-bulan akan datang. Tawaran penangguhan Brexit selepas 31 Oktober bermaksud pegawai-pegawai baru perlu berurusan dengan isu pengunduran UK dari EU. Segelintir percaya bahawa Suruhanjaya Eropah harus memberi tumpuan kepada polisi selain daripada Brexit.

Dalam masa yang sama, PM UK Boris Johnson mengumumkan ingin mengadakan pilihan raya pada 12 Disember bagi memberi lebih banyak masa kepada ahli parlimen untuk meneliti rang undang-undangnya sebelum pembubaran dilakukan.

Matawang sterling masih menyusut berbanding US dolar pada paras 1.2822 setakat jam 10.10 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat