Keseluruhan Industri di Jepun Merosot Lebih Dari Jangkaan Pada Disember

57

Aktiviti perniagaan di Jepun merosot pada Disember, dengan petunjuk ekonomi menunjukkan bacaan yang lebih banyak menyusut dari jangkaan pasaran.

Indeks aktiviti kesemua industri jatuh 0.3% pada Disember selepas merekodkan kenaikan 0.3% pada bulan sebelum itu. Jangkaan bagi data kali ini ialah kemerisitan 0.2%. Data ini dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Ekonomi dan Perdagangan Industri Jepun.

Data ini dikeluarkan setiap bulan dan mengira jumlah perubahan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor domestik. Indeks ini diambil kira sebagai petunjuk ekonomi yang menunjukkan kesihatan ekonomi Jepun secara keseluruhan, walaupun impaknya kepada pasaran adalah minimum.

Laporan kali ini menambah kepada kebimbangan tentang aktiviti ekonomi yang semakin perlahan secara keseluruhan di Jepun. Hal ini dibuktikan dengan pertumbuhan ekonomi Jepun yang semakin perlahan pada suku keempat yang hanya merekodkan kenaikan 0.2%. Hal ini banyak disebabkan kekurangan perbelanjaan oleh sektor isirumah. Walaubagaimanapun, ekonomi Jepun berkembang sepanjang tahun lalu, tetapi dengan kadar yang semakin perlahan.

Sebelum ini, data indeks PMI pula menunjukkan keadaan di sektor pembuatan Jepun yang semakin baik pada Februari dengan keseluruhan industri berkembang enam bulan berturut-turut. Markit/Nikkei manufacturing purchasing managers’ index (PMI) naik kepada 53.5 pada Februari berbanding 52.7 pada bulan sebelum itu. Sebarang bacaan di atas 50 menunjukkan peningkatan dalam industri ini dan sebaliknya jika bacaan merekodkan di bawah 50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat