Kesengsaraan Euro Berterusan Angkara Putin!

460

Sesi dagangan Selasa terus memperlihatkan pengukuhan US dolar yang mendapat sokongan tambahan daripada sentimen berisiko dalam pasaran yang dicetuskan oleh kebimbangan baharu dalam krisis tenaga Eropah.

Ketika penulisan, indeks dolar didagangkan di paras ketinggian lebih lima minggu selepas melonjak melebihi 109.00 berbanding sekumpulan mata wang utama, tidak jauh dari puncak tertinggi 20 tahun yang dicapainya pada pertengahan Julai.

Harga gas Eropah melonjak ke paras tertinggi baharu selepas Rusia mengumumkan penutupan saluran paip Nord Stream 1 selama tiga hari mulai 31 Ogos dengan alasan untuk ‘penyelenggaran’.

Saham Eropah jatuh ketara dengan DAX Jerman paling parah. Bundesbank Jerman melihatkan kemungkinan besar kemelesetan akan berlaku di Jerman dan inflasi akan terus melonjak di mana ia boleh memuncak lebih 10%.

Ekoran daripada itu, mata wang euro menjunam ke paras terendah baharu 22 tahun dan didagangkan di bawah paras harga pariti pada 0.9940 berbanding US dolar. Sementara pound pula jatuh ke paras terlemah sejak Mac 2020.

Pengeluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK pada hari ini bakal menjadi tumpuan utama pelabur bagi memberi petunjuk kepada kesihatan ekonomi di benua itu.

Tumpuan turut disasarkan kepada penerbitan data yang sama dari Amerika Syarikat pada sesi New York.

Mata wang berkaitan komoditi juga merosot, dengan dolar Aussie, New Zealand dan Kanada didagangkan di paras paling rendah satu bulan berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat