Kesepakatan Gagal Dicapai, Pengawalseliaan Kripto Rusia Jadi Tanda Tanya!

522

Laporan terkini melaporkan bahawa pegawai tertinggi Rusia telah mencapai dalam tindakan untuk mengawal kripto walaupun Presiden Vladimir Putin menyeru agar pegawai tertinggi salin berkompromi dan mencari titik temu. Ketua Bank Pusat Rusia Elvira Nabiullina telah menyuarakan bantahannya terhadap Rancangan Rusia untuk membenarkan mata wang kripto dalam negara.

Walaupun Putin menyeru agak kesepakatan dapat dicapai namun pegawai tinggi kerajaan gagal mencapai persetujuan tentang cara mengawal mata wang kripto pada mesyuarat Selasa.

Berdasarkan maklumat yang tidak dedahkan nama pemberi nama menyatakan bahawa Elvira Nabiullina, ketua Bank of Russia, Menteri Kewangan Anton Siluanov, dan Timbalan Perdana Menteri Dmitry Grigorenko masih lagi buntu dan saling tidak bersetuju. Setakat ini tiada sebarang komen yang dikeluarkan daripada bank pusat atau Kementerian Kewangan.

Pada bulan Januari, Presiden Vladimir Putin telah meminta penyelesaian segera, tetapi pihak berkuasa masih belum mengusulkan dasar yang jelas terhadap mata wang kripto. Akhbar Kommersant melaporkan minggu lalu bahawa Kementerian Kewangan dan Bank Pusat akan menyediakan draf undang-undang mengenai perkara itu menjelang 18 Februari.

Walau bagaimanapun, Bank Pusat telah mencadangkan pengharaman terhadap mata wang kripto atas sebab ia terlalu banyak mendatangkan risiko. Undang-undang Rusia yang sedia ada mengakui kripto sebagai bentuk aset tetapi melarangnya sebagai mata wang untuk pembayaran.

Dengan kata lain, mata wang kripto kekal sebagai sektor yang sebahagian besarnya tidak dikawal. Namun begitu, kertas kerja kerajaan baru-baru ini menganggarkan rakyat Rusia memiliki kira-kira 2 trilion rubel ($26 bilion) dalam pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat