Kesepakatan Perdagangan AS-UK Bakal Hadapi Halangan Besar?

345

UK yang merupakan sekutu dekat Amerika Syarikat bakal berhadapan dengan halangan walaupun persahabatan antara kedua-dua buah negara telah terjalin dalam jangka waktu yang lama. Hal ini disebabkan kedua-dua negara kini sedang berusaha untuk mencapai persetujuan perdagangan baru setelah UK keluar dari Kesatuan Eropah.

Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin berkata pada hari Sabtu di London bahawa dia yakin perjanjian dua hala dengan UK dapat dicapai seawal tahun ini. Walaubagaimanapun, Mnuchin tidak memberikan apa-apa rincian setelah bertemu dengan rakan sejawatnya dari UK iaitu Sajid Javid. Sebelum ini Javid telah menegaskan bahawa UK akan meneruskan cukai perkhidmatan digital unilateral walaupun A.S mengancam untuk mengenakan tarif terhadap kenderaan UK sebagai balasan.

Mnuchin memberitahu kepada para wartawan selepas mesyuarat pada hari Sabtu bahawa cukai sedemikian akan memberi impak kepada syarikat-syarikat berteknologi tinggi AS seperti Alphabet, Google, Apple Inc, Facebook dan Amazon. Namun Mnuchin enggan untuk mengulas mengenai perbincangan tertutup tersebut.

Isu ini akan menjadi cabaran terhadap pentadbiran Trump yang cuba mendapatkan perjanjian dua hala dengan UK sebagai suatu usaha untuk mengimbangi hubungan perdagangan.

Disisi lain, Perdana Menteri UK, Boris Johnson juga telah memuji usaha ini dan menetapkan kesepakatan dengan Amerika Syarikat sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan impak pengunduran UK daripada EU.

Menurut pakar penganalisis, Amanda Sloat dari Institusi Bursa di Washington berpendapat hubungan istimewa dan muhibah yang terjalin antara kedua-dua negara selama beberapa dekad mungkin tidak banyak main peranan kerana beliau berpendapat pihak pentadbiran Trump tidak akan tunduk begitu sahaja dengan permintaan Johnson. Berdasarkan analisis beliau, Trump tidak akan mementerai suatu perjanjian tanpa konsesi utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat