Kesepakatan Perdagangan US-China Semakin Positif? Ini Komentar Kedutaan US

352

Amerika Syarikat memohon China agar negara tersebut memberi jadual tentang bagaimana mereka akan membuaka pasaran mereka untuk pengeksportan barangan US berikutan resolusi kedua-dua buah negara itu masih lagi belum dicapai.. Kata duta US pada hari Selasa.

Washington dan Beijing telah mengenakan 10 billion dolar tarif yang berlaku dalam masa beberapa minggu ini sehingga menyebabkan kebimbangan bahawa perang perdagangan itu mampu memberi tekanan pada rantaian pengeluaran global dan pelan pelaburan perniagaan.

Pada awal bulan ini, delegasi US yang diketuai oleh setiausaha kewangan Steven Mnuchin telah hadir di China berserta dengan senarai permintaan terutama bagi menangani isu harta intelektual dan polisi perdagangan yang tidak adil.

Namun kedua-dua negara tersebut gagal mencapai kata sepakat terhadap permintaan US dan rundingan tersebut diteruskan di Washington.

Menurut Branstad, kami telah memberi rincian tersebut kepada China seperti yang diminta namun kesepakatan itu masih dilihat terdapat jurang. Branstad mengatakan bahawa China tidak menjamin tentang insuran dan perkhidmatan kewangan termasuk mengurangkan cukai auto.

Terdapat beberapa perkara yang China telah berjanji untuk lakukan tetapi tidak. Kami mahukan jadual dan sepantas mungkin. Dilihat bahawa kesapakatan dalam perdagangan US-China ini masih jauh.

Pentadbiran Trump telah menggariskan jurang dalam rundingan perdagangan dengan China. US telah meminta China memotong lebihan perdagangan sebanyak $200 billion dengan US.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat