Kesilapan Data Perangkaan Negara UK Menjadikan BOE Makin Tertekan

73

Kesilapan oleh Jabatan Perangkaan Negara UK telah meletakkan Bank of England (BOE) semakin tertekan, sama ada untuk naikkan kadar faedah secepat mungkin iaitu pada bulan depan atau menangguhkannya berikutan peningkatan kos buruh.

Jabatan perangkaan negara telah melakukan kesilapan dalam pengiraan pertumbuhan dalam kos buruh. Laporan awal mencatatkan bacaan 1.6% dalam tempoh April ke Jun, namun bacaan sebenar selepas diperbetulkan adalah 2.4%.

Kajian semula tersebut memberi indikasi sebenar pertumbuhan upah di UK, dimana indikator ini menjadi tumpuan oleh BOE. Bank pusat merencanakan untuk meningkatkan kadar faedah buat pertama kali sejak 1 dekad. Peningkatan kos buruh membawa indikasi bahawa ekonomi kukuh dan bersedia untuk peningkatan kadar faedah.

Walaupun kos buruh menunjukkan tanda positif kepada ekonomi, namun beberapa bacaan lain memberi impak negatif terhadap peningkatan kadar faedah seperti sektor pembuatan yang merosot. Selain itu terdapat amaran daripada pemikir dari Persatuan Ekonomi Pembangunan UK yang memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi UK akan meningkat secara perlahan pada tahun depan.

Meskipun kadar pengangguran yang rendah sejak pertengahan 1970, tetapi kadar upah pekerja British tidak melebihi kadar inflasi. Walapun upah meningkat akan tetapi pertumbuhan tersebut masih belum dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat akibat peningkatan dalam kos import.

Menurut pakar ekonomi Barclays. peningkatan kos buruh membawa indikasi peningkatan dalam upah pekerja UK yang berkemungkinan didorong oleh faktor selain upah seperti cukai. Hal ini boleh mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah.

Manakala Mark Carney, gabenor BOE menyatakan peningkatan kos buruh dapat mendorong peningkatan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat