Ketahui Pergerakan 3 Matawang Ini Menjelang Mesyuarat BOE Dan ECB!

572

Jangkaan hawkish terhadap keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE); dan Eropah (ECB) pada hari ini telah mengangkat dagangan mata wang pound dan euro untuk meningkat.

Ini turut disusuli oleh pengunduran dolar greenback dari puncak tertinggi 18 bulannya, menyaksikan indeks dolar didagangkan berlegar di sekitar harga 96.00 pada sesi Asia.

Penyusutan ini dipengaruhi oleh bacaan data pekerjaan ADP yang mengecewakan, dengan penguncupan sebanyak 301,000 pada bulan Januari. Ini sekali gus menyebabkan pelabur bimbang bahawa laporan pekerjaan NFP pada Jumaat nanti turut menunjukkan bacaan yang lemah.

BOE dijangkakan secara meluas untuk menaikkan kadar faedahnya untuk kali kedua berturut-turut bagi mengekang kenaikan inflasi yang kini berada pada tahap tertinggi 30 tahun.

Terdahulu, ia telah memulakan kitaran pengetatan pada bulan Disember dengan menaikkan kadar daripada 0.1% kepada 0.25%. Langkah ini mengejutkan pasaran kerana varian Omicron merebak dengan agresif di UK telah menimbulkan kebimbangan terhadap sekatan baharu akan dilaksanakan.

Pada sesi Asia, mata wang pound diniagakan meningkat dengan harga berlegar di paras tertinggi satu minggu oada 1.35600 berbanding US dolar.

Sementara euro juga didagangkan meningkat, mengurangkan kerugian yang dicatatkan susulan lonjakan USD selepas keputusan mesyuarat polisi FOMC minggu lalu.

ECB pula dijangka tidak akan melakukan sebarang perubahan, tetapi kenaikan inflasi baru-baru ini menyebabkan pelabur mengunjurkan bank pusat akan menaikkan kadar pada akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat